Isma bersama jayakan World #QuranHour

omar-kassim-seremban-1024x682

 

BANGI, Isnin – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, akan turut sama menjayakan kempen World #QuranHour yang bakal diadakan pada 9 Zulhijjah bersamaan 11 September ini.

Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Haji Omar Kassim berkata, ia selaras dengan kempen-kempen mendekati dan kembali kepada Al-Quran yang telah dijalankan di pelbagai lokasi oleh Biro Dakwah Isma sendiri.

“Seluruh cawangan Isma telah diminta mengenalpasti lokasi yang sesuai boleh mengumpulkan ramai orang untuk membaca Al-Quran.

“Ia dijangka akan dijayakan di seluruh dunia termasuk oleh Isma luar negara,” katanya, kepada Ismaweb, hari ini.

Katanya, kempen ini tidak terikat kepada ahli Isma semata, bahkan masyarakat seluruhnya turut diajak menyertai program ini.

“Lakukan secara berjamaah lebih mendatangkan semangat dan kesungguhan. Ambil juga manfaat hari Arafah sebagai hari yang mana Allah mengampunkan ramai hamba-Nya daripada dosa-dosa lalu.

“Jadikan ia hari bersejarah untuk setiap kita kembali kepada Al-Quran,” katanya.

World #QuranHour merupakan sebuah projek kesinambungan yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang komited menggalakkan masyarakat untuk hidup bersama Al-Quran sejak tahun 2013 menerusi #AktifkanRumahNgaji dan #MalaysiaNgaji yang diadakan setiap 24 Ramadan dan dijayakan di 1,000 rumah ngaji di seluruh Malaysia. – Ismaweb

www.indahnyaislam

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts