Remaja ini kongsi bagaimana beliau mendapat 11A+ SPM dengan Al-Quran,

Keputusan SPM 2016 telah diumumkan pada 16 Mac lalu. Seramai 8,647 daripada 434,535 atau 2.13 peratus calon SPM 2016 memperoleh semua A (A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 9,721 calon pada tahun 2015. Walaupun Gred A telah berkurangan, GPN semua mata pelajaran telah meningkat secara signifikan. Ini bermakna prestasi keseluruhan pelajar meningkat tetapi yang mendapat gred tinggi (semua A) berkurangan, kemungkinan tertumpu B+. Secara keseluruhan, prestasi pencapaian individu pelajar adalah lebih baik pada tahun ini.

Anugerah Terbaik ULUL ALBAB

Salah seorang pelajar cemerlang SPM 2016 yang mendapat semua A+ adalah adik Husna Mardhiyyah binti Mohd Fauzi dari Terengganu. Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kemamam, Terengganu dan di anugerahkan Anugerah Terbaik Ulul Albab.

17361976 10212289559215075 1072135715206454447 n 448

Apa yang menariknya, beliau bukan sahaja berjaya dalam peperiksaan SPM 2016, malah seorang yang sangat pintar dalam bahasa Arab serta hafazan Al-Quran. Berikut adalah video beliau semasa mengambil keputusan SPM 2016 lalu, dan beliau berkongsi sedikit sebanyak bagaimana cara beliau menggunakan masa beliau untuk mencapai keputusan yang amat membanggakan ini.

Baca Al-Quran sebelum membuka buku akademik

Pasti anda semua bersetuju dengan apa yang beliau katakan. Sememangnya cara beliau adalah yang terbaik untuk mendapatkan keberkatan dan juga ilmu dunia. Beliau mengamalkan membaca Al-Quran terlebih dahulu sebelum membuka buku akademik. Menurut beliau, jika kita mahu berjaya dalam akademik, kita perlu mendapatkan redha Allah terlebih dahulu. Juga beliau menasihatkan untuk menjaga adab dengan ibu bapa dan juga menjaga hubungan sesama manusia. Walaupun tidak berapa yakin akan mendapat 11A+, namun beliau yakin jika Allah mengkehendakki beliau untuk dapat, beliau akan dapat. Beliau juga memberitahu selalu berhubung dengan ibu bapa melalui telefon kerana bersekolah di asrama, dan setiap kali menelefon beliau akan minta ibu bapanya untuk berdoa untuknya, dan juga meminta maaf dan restu dari mereka. Ibunya turut memberitahu media apa yang dilakukan ketika mengandungkan remaja hebat ini.

“Daripada dalam kandungan lagi saya sentiasa membaca Al-Quran, seperti mana yang kita tahu kan, 3 surah itu. Surah Luqman, Surah Mariam dan Surah Yusuf. Dan juga kalau kita tak mengaji pon, kalau kita naik kereta, kita perdengarkan bacaan Al-Quran daripada tape”

Bercita-cita untuk menjadi pensyarah, remaja hebat ini menghafaz 30 juzuk Al-Quran, serta mendapat perlbagai anugerah. Kami sediakan biodata beliau serta anugerah dan pencapaian yang beliau terima.

17264115 10212289559255076 33662507376996224 n 760

 

Kami sangat berbangga dengan anak muda ini atas pencapaian beliau. Semoga beliau dapat menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain dalam menjadi remaja yang berjaya di dunia dan di akhirat insyaAllah. Bak kata orang-orang tua “Sejuk perut ibu mengandung”

Sumber : iluminasi.com

Total
0
Shares
1 comment
  1. Seorang Prof. Physics mengatakan otak manusia berfikir dari otak kanan ke otak kiri. Jadi mereka yg sentiasa membaca Alquran amatlah membantu kefahaman segala ilmu yg dipelajari. Kecekapan membaca Alquran juga membantu kecerdasan berfikir.
    Mungkin secara kebetulan. Saya percaya teori ini kerana kesemua anak saya menghafal Alquran, keputusan peperiksaan akedemik mrk amat memberasangkan mendapat 11A walaupun tidak kesemuanya A+. Ada 3 org drpd 7 org kesemua anak saya terus tkt 5 dan menduduki peperiksaan spm tetap blh score 8A keatas. Klu dulu ada sejarah maahad tahfiz kelantan score 21A. Lps tu dihadkan 11 mata pelajaran sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts