Bagaimana menggandakan amalan di bulan Ramadan ?

 

‘Besarkan’ Tuhanmu dalam dirimu, maka besarlah amalanmu.

Ia ibarat meletakkan kanta pembesar, makin dekat kita ‘zoom in’, maka besarlah apa yang dilihat, walaupun ia kecil pada pandangan mata kasar kita.

Demikianlah cara kita memandang Tuhan, semakin dekat kita dengan-Nya, semakin besar setiap amalan kita walaupun ia mungkin satu huruf dalam Al-Quran.

Perjalanan hidup ini semuanya berkisarkan dimensi di sebalik alam realiti, iaitu dimensi keyakinan kepada Yang Abadi.

Bukankah Allah SWT menyebut :

“Sembahlah Tuhanmu hingga sampai kepadamu ‘keyakinan'” – Surah Al-Hijr

Sebahagian ulama tafsir menyatakan ia adalah kematian. Namun bagi saya Al-Quran apabila menggunakan lafaz ‘al-yaqiin’ pasti punyai sebab dan makna yang tersirat, dan kematian adalah ‘salah satu’ daripada maknanya, bukan kesemua maknanya.

Saya melihat ia juga boleh membawa maksud, “Sembahlah Tuhanmu, hingga kamu ditarik, hingga ke dimensi keyakinan Abadi”.

Ketika itu kamu sudah ditarik di pusat graviti keyakinan itu, kamu tidak lagi perlu disuruh, kerana semuanya berjalan dengan sendiri, atas dasar cinta abadi, bukan seperti kerahan dan paksaan hamba abdi.

Segala arahan bertukar menjadi surat cinta Kekasih kepada kekasih, bukan lagi naratif arahan Tuan kepada hamba.

Fahami dimensi ini, kita akan fahami bahawa bulan Ramadhan hanyalah salah satu wasilah yang dijelmakan, bagi membuka pintu-pintu keyakinan, daripada jutaan wasilah yang disembunyikan, dalam ilmu dah rahsia Tuhan.

Jadi, sebelum mengharapkan gandaan amalan dalam bulan Ramadhan, perlu tanya diri dahulu, di manakah kita dalam dimensi dan graviti keyakinan ini ?

Maka, sembahlah Tuhanmu … agar datang kepadamu keyakinan itu.

واعبد ربك .. حتى يأتيك اليقين

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts