Bagaimana para anbiya membina peradaban

 

APABILA kita meneliti kisah-kisah Bani Israel di dalam Al-Quran, ia sebenarnya mengisahkan bagaimana nabi-nabi Bani Israel membimbing mereka membina sebuah peradaban yang makmur, lengkap dengan elemen dan ciri-ciri fizikal dan spiritualnya.

Bermula dengan diusir dari Mesir, mereka menuju ke tanah baru, Palestin atau lebih dikenali sebagai The Promised Land. Pada mulanya mereka dihina dan diusir juga di sana, namun Allah melantik Talut sebagai pemimpin mereka, walaupun beliau bukan dalam kalangan keluarga aristokrat dan tidak mempunyai harta yang banyak.

Selepas Talut berjaya mengalahkan Jalut dan tenteranya dengan bantuan Allah, tampuk kekuasaan beralih kepada Nabi Daud AS, dan akhirnya Bani Israel mencapai kemuncak peradaban mereka di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman AS.

Walaupun mempunyai jajahan pemerintahan yang melangkaui pelbagai makhluk yang wujud di dunia ini, ia tidak pernah menjadikan Nabi Sulaiman lupa ajaran yang dibawa oleh baginda dan nabi-nabi sebelum baginda, bahawa alam ini keseluruhannya adalah milik mutlak Allah. Baginda hanya diamanahkan untuk menggunakannya sebagai alat untuk memakmurkan dunia dengan agama yang Allah redhai.

قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ (40)

“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.

Tidakkah kita mengambil pengajaran betapa pentingnya aqidah tauhid dalam pembinaan peradaban, daripada kisah nabi-nabi yang diutuskan kepada Bani Israel ini?

Ustaz Amar Ismat

Sumber: http://www.amarismat.com/2019/03/bagaimana-para-anbiya-membina-peradaban.html

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts