Bahrain lucut kerakyatan ulama Syiah

syiah1

 

DUBAI, Selasa – Bahrain melucutkan kerakyatan seorang ulama Syiah negara itu selepas didapati menganjurkan fahaman sektarianisme yang boleh memecahbelahkan penduduk dan mengancam keselamatan negara.

Agensi Berita Bahrain memetik Kementerian Dalam Negeri sebagai berkata, Sheikh Isa Qassim memainkan peranan penting mencetuskan suasana ekstremisme serta mewujudkan kumpulan yang mengikut ideologi agama serta politik negara luar.

Selepas keputusan itu diumumkan, ratusan penyokong Isa berkumpul di luar rumahnya di perkampungan Syiah di Diraz, sambil membawa poster dan melaungkan slogan agama.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan itu berkata, Isa meluluskan teori teokrasi dan menggunakan khubahnya untuk menyokong kepentingan negara asing dan dengan berbuat demikian dia dianggap merosakkan kesetiaan kepada negara itu.

Undang-undang Bahrain membenarkan kerajaan negara itu melucutkan kerakyatan mana-mana individu yang didapati mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Keputusan ke atas Isa dibuat selepas gerakan kumpulan pembangkang Syiah negara itu, Al-Wefaq, digantung.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/bahrain-lucut-kerakyatan-ulama-syiah/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts