JAKIM perlu perketat penggunaan logo Halal Malaysia – PPIM

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperketatkan penggunaan logo Halal Malaysia.

PPIP dalam satu kenyataan berkata, langkah tegas itu termasuk dalam segala proses pengiktirafan, pengesahan dan semua hal berkaitan import barang termasuk daging yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Katanya, ia susulan penemuan sejumlah daging import yang diberi label halal di sebuah gudang di Johor Bahru baru-baru ini sehingga menjadi kebimbangan sama ada ia berada di pasaran atau tidak.

“Lebih mengejutkan apabila tiada agensi kerajaan dapat mengesan aktiviti ini walaupun ia satu operasi besar.

“Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa berkaitan dengan perbuatan itu,” kata PPIM dalam satu kenyataan hari ini.

Media pada 3 Disember lalu melaporkan taktik kartel menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina, sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal palsu.

Kartel terbabit kemudian menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dan aktiviti itu dikesan dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor.

Dalam serbuan itu, sebanyak 1,500 tan daging sejuk bernilai RM30 juta disita.

Sementara tu, PPIM menyeru Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar lebih berhati-hati dan proaktif menangani isu berkenaan.

“PPIM juga mendesak agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) turun padang dan mengesan apa juga bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di setiap titik kritikal logistik, pentadbiran dan pengurusan pengimportan daging luar ini,” katanya. -Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts