Kelantan jadikan Qatar contoh negara laksana hudud

 

BANGI – Kerajaan Kelantan akan mengguna pakai pelaksanaan hudud di Qatar, Arab Saudi dan Acheh, Indonesia sebagai contoh apabila hukuman berkenaan dilaksanakan di negeri itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sistem pelaksanaan hukum hudud di Qatar adalah antara yang terbaik, malah didokumenkan dengan baik.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta setiap tahun selepas Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac 2015, bagi menjalankan seminar, bengkel dan lawatan ke negara terbabit,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengadakan lawatan ke Qatar bagi mempelajari lebih banyak undang-undang hudud di negara itu.

Mohd Amar berkata, kerajaan negeri juga akan menggunakan khidmat pakar bedah bagi hukuman potong tangan terhadap penjenayah yang disabitkan dengan kesalahan mencuri.

“Ulama berpendapat, zaman moden ini perlu menggunakan khidmat pakar bedah supaya hukuman hanya membabitkan pergelangan tangan dipotong dan tidak mencederakan lengan.

“Kita mengenal pasti kaedah bersesuaian dan lebih praktikal kerana mereka tidak memerlukan kursus, cuma panduan dan penjelasan dari segi agama terutama mengenai paras tangan yang perlu dipotong,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts