Baitulmaqdis: Teruskan beri tekanan terhadap Amerika, Yahudi

 

PUTRAJAYA – Tekanan berterusan terhadap Yahudi dan pemimpin Amerika Syarikat (AS) berhubung isu pembebasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis wajar dilakukan oleh negara-negara Islam dan negara yang menyokong keadilan sejagat.

Pengerusi Majlis Islam Syria, Syeikh Usamah Al-Rifa’i berkata, tekanan itu telah bermula melalui persidangan di peringkat kepemimpinan negara-negara Islam namun belum disebar luas ke peringkat rakyat menyebabkan ia masih gagal.

“Saya yakin ini langkah pertama untuk seluruh umat Islam di dunia memberi khidmat kepada agama Islam sama ada lelaki atau wanita ke arah memperjuangkan bumi Palestin. Paling penting jangan putus asa.

“Sebab itu muktamar seperti ini perlu ada kesinambungan dan tindakan, jika tiada kesan maka tiadalah kebaikan daripada muktamar kali ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis di sini hari ini.

Yang hadir sama, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri; Ketua Kesatuan Ulama Islam Lebanon, Sheikh Ahmad Al-Omari dan Pengerusi Pusat Pembentukan Ulama Mauritania, Syeikh Muhammad Hasan Walid ad-Dedew.

Sementara itu, Zulkifli berkata, persidangan seumpama itu adalah jihad umat Islam dalam membantu membebaskan Masjid Al-Aqsa dan menyelamatkan rakyat Palestin yang dizalimi oleh Yahudi.

Jelas beliau, jihad dimaksudkannya bukanlah mengangkat senjata dan perang tetapi ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qaradawi telah menyatakan terdapat 13 jenis jihad dan tindakan mengadakan persidangan juga adalah satu jihad.

“Tindakan menguar-uarkan dan memberi kefahaman kepada umat Islam tentang isu ini adalah jihad, maka usaha ini hendaklah berterusan dalam setiap aspek termasuklah sosial dan politik.

“Oleh itu wajib untuk umat Islam memahami Baitulmaqdis itu milik Islam dan usaha membebaskannya daripada Yahudi bukan satu tindakan yang membebankan kerana Allah tidak akan menguji luar daripada kemampuan,” katanya.

Dalam pada itu, Sheikh Ahmad Al-Omari berkata, tekanan yang dilakukan oleh negara-negara Islam hari ini ke atas Yahudi tidak salah kerana mereka adalah musuh umat Islam. – Utusan

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts