Bangkitkan suasana iman di rumah

SHAH ALAM – Ibu dan bapa sebagai pemimpin keluarga perlu bertakwa untuk bersama-sama membimbing anak-anak ke syurga.

Pembina Yayasan Peradaban Islam dan AQL Islamic Center, Bachtiar Nasir berkata, caranya adalah dengan mencipta suasana iman yang berteraskan al-Quran dan sunnah.

“Keluarga syurgawi di dunia adalah ketika pemimpin keluarga menciptakan suasana iman di rumah. Nescaya, ia akan diteladani oleh anak-anak, cucu-cucu dan mereka akan ditempatkan dalam satu syurga bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Khas: Keluarga Malaysia yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail pada Sabtu.

Turut menjadi panelis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Mengulas lanjut, Bachtiar berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting agar anak-anak sentiasa dibimbing dan dapat mengelak daripada melakukan perkara yang membawa kepada dosa.

“Jagalah semua keluarga dengan iman agar boleh masuk syurga keluarga, sebelum anda menyesal masuk ke neraka kerana bahan bakarnya yang menakutkan.

“Ada dua kenikmatan syurga yang tertinggi iaitu melihat ALLAH dan melihat anak-anak berada di dalam syurga.


“Bertaubatlah kepada ALLAH dengan taubat yang sebaiknya. Tuhanmu bukan hanya akan mengampunkan dosa, tetapi memasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,” ujarnya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts