Bagaimana mendalami dalil ?

 

BILA kita baca sesuatu ayat Al-Quran, atau hadis Nabi SAW, atau kata-kata sahabat RA, cubalah untuk tidak berpada pada satu lapisan sahaja, iaitu hanya berpada pada terjemahan atau makna teks tersebut.

Di sebalik nukilan itu :

1. Ada cara fikir tertentu yang membuahkan kata-kata yang tinggi nilainya
2. Ada peristiwa yang sedang berlaku
3. Ada watak-watak yang sedang beraksi
4. Ada pengalaman dan latar belakang daripada apa yang telah berlaku
5. Ada garis masa tertentu yang menentukan apa yang sedang berlaku itu tepat pada masanya

Dan banyak lagi sudut-sudut yang boleh kita teliti, dalam memahami dalil, nas dan hikmah-hikmah mereka.

Dengan itu baru kita boleh memahami kemukjizatan Al-Quran, ketinggian nilai hadis dan kedalaman kefahaman para sahabat.

Pendek kata, kita kena hidup bersama mereka di dunia ini, untuk kita hidup bersama mereka di akhirat nanti.

“Dan tidaklah bagi manusia itu melainkan apa yang diusahakan, serta segala usahanya itu akan diperlihatkan. Kemudian dia akan dibalas dengan balasan yang setimpalnya” – Surah An-Najmi, ayat 39-41

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts