Bangladesh buang patung tidak Islamik

 

DHAKA – Pihak berkuasa Bangladesh membuang patung kontroversi yang kononnya menggambarkan ‘dewi keadilan’ di luar Mahkamah Agungnya, yang disifatkan oleh umat Islam sebagai tidak Islamik.

Umat Islam mahu patung itu, yang ditutup mata dan memakai sari sambil memegang dacing, digantikan dengan replika al-Quran.

Tindakan membuang patung itu dilakukan selepas mahkamah memihak kepada penunjuk perasaan yang berbulan-bulan membantah kewujudan patung berkenaan.

Langkah itu bagaimanapun, mencetuskan tunjuk perasaan di luar mahkamah dan di kampus Universiti Dhaka, oleh mereka yang berfahaman sekular yang melihat tindakan itu sebagai isyarat kepada kebangkitan Islamisasi.

Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air bagi menyuraikan tunjuk perasaan yang terdiri daripada pelajar universitu dan aktivis.

Tiada kenyataan diberikan oleh kerajaan Bangladesh, tetapi peguam negara berkata, tindakan itu adalah perintah mahkamah.

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina ketika bertemu pemimpin Islam di kediamannya sebelum ini, menyifatkan kewujudan patung itu sebagai tidak masuk akal. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts