Bangunan stesen TV Al-Aqsa musnah serangan roket Israel

 

GAZA – Sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza, yang turut memusnahkan bangunan stesen televisyen Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Serangan yang menyasarkan kawasan awam di daerah an-Nasr itu turut menyebabkan sembilan rakyat Palestin lain cedera, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Dalam kejadian jam 7 petang semalam (waktu tempatan), bangunan TV Al-Aqsa dan sekitarnya musnah selepas beberapa siri serangan amaran, apabila Israel mendakwa stesen televisyen berkenaan menyumbang kepada tindakan ketenteraan pejuang Palestin itu.

Saksi tempatan memberitahu, rejim Israel melepaskan 10 tembakan peluru berpandu ke arah bangunan TV Al-Aqsa sehingga memusnahkan ibu pejabat stesen televisyen terbabit.

 

 

Pertempuran antara pejuang Hamas dengan Israel tercetus selepas rejim itu melancarkan operasi tentera khas di Semenanjung Gaza pada Ahad lalu, yang menyebabkan Hamas nekad membalas dendam.

Ketegangan di wilayah itu semakin memuncak selepas ribuan penduduk mengambil bahagian dalam protes besar-besaran berikutuan insiden pembunuhan tujuh rakyat Palestin, termasuk seorang Komander pejuang Briged Izz al-Din al-Qassam pada Ahad lalu.

Rejim Israel berkata, setakat ini pihaknya telah melancarkan serangan terhadap lebih 70 kawasan Hamas, sebagai tindak balas serangan 300 roket dari wilayah yang ditadbir Hamas. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts