Banjir: Penduduk kumpul al-Quran untuk dilupuskan mengikut syarak

DENGKIL – Tatkala air bah semakin surut di beberapa kawasan di Lembah Klang, ramai mangsa banjir menumpukan kepada kerja-kerja pemulihan dan pembersihan kediaman mereka yang terjejas susulan banjir.

Barangan rosak diasingkan bagi proses pelupusan, namun bagi naskhah suci umat Islam iaitu al-Quran tidak boleh sewenangnya dilupuskan begitu rupa.

Bagi memelihara kesucian al-Quran, penduduk di Taman Lestari Mewah di sini, mengambil inisiatif mengumpulkan kitab suci itu bagi tujuan pelupusan mengikut hukum syarak seiring dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menurut salah seorang mangsa banjir dan juga penduduk di kawasan itu, Maziatul Syima Rusly, ketika ini ratusan naskhah al-Quran daripada penduduk sudah dikumpulkan.

Kesemua al-Quran yang dikumpul itu, jelasnya, akan dihantar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dilupuskan dengan cara yang sewajarnya bersandarkan hukum syarak.

“Kita menggerakkan usaha untuk mengumpulkan naskhah suci ini dan ia penting untuk diselamatkan kerana keadaannya banyak yang tidak boleh dibaca, musnah dan hancur.

“Ratusan naskhah yang kita kumpul ini termasuk al-Quran, Yassin, Al-Mathurat serta bacaan agama kemudian akan dihantar kepada pihak Jakim untuk proses pelupusan,” katanya dalam temu bual bersama Astro Awani pada Khamis.

Jelasnya, usaha ituperlu dititikberatkan oleh semua mangsa banjir terutama beragama Islam kerana menjaga kesucian kitab suci al-Quran adalah salah satu tuntutan agama.


Dalam masa sama, Maziatul Syima turut mengharapkan agar penerangan daripada Jakim dapat disebarluaskan mengenai kepentingan menjaga kesucian kita suci dan bahan bacaan agama.

Mengikut panduan, salah satu kaedah terbaik untuk melupuskan al-Quran secara persendirian adalah individu itu perlu membakarnya di tempat sesuai dan kemudian debu itu ditanam di tempat jauh daripada haiwan. – Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM


Total
16
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts