Bantah pasar raya jual arak di kawasan majoriti Islam

 

BATU PAHAT – Penduduk di Taman Universiti dan kawasan sekitar membantah tindakan dua pasar raya yang menjual arak di kawasan itu yang mempunyai lebih 90 peratus penduduk beragama Islam.

Bantahan itu disuarakan wakil penduduk melalui Jawatankuasa Muafakat Penduduk Taman Universiti, Jawatankuasa Surau Taman Universiti, Persatuan Ekonomi Komuniti B40 Negeri Johor dan Persatuan Alumni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Menurut Pengerusi Surau Taman Universiti, Parit Raja, M Asrar Sidon, bantahan dilakukan kerana tiada keperluan selain mengundang masalah sosial di kawasan itu.

“Akhir-akhir ini banyak kejadian kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk di seluruh negara dan mengundang ketidaktenteraman dan pelanggaran undang-undang di jalan raya dan komuniti,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Mereka juga mendakwa premis berkenaan sudah beroperasi kia-kira dua tahun dan penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam tidak sesuai.

Bendahari Persatuan Alumni UTHM, Hasadi Tadi Manja Kadiri pula berkata, pihaknya mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius isu berkenaan kerana membabitkan keharmonian Parit Raja yang diberkati sebagai pusat perkembangan ilmu.

“Kami menyokong hasrat penduduk dan mahukan PBT tidak membenarkan premis berkenaan menjual arak kerana pasar raya itu berada dalam komuniti yang majoriti penduduknya beragama Islam dan menjadi penempatan pelajar UTHM.

“Kita tidak mahu keberkatan sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan ini terhakis kerana perbuatan tidak bermoral seperti menjual dan meminum arak di sekitarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Tindakan Ekonomi Komuniti B40 Negeri Johor, Datuk Mohd Fadel Alwi berkata, pihaknya menyokong gesaan penduduk setempat kerana aktiviti penjualan arak tidak mendatangkan manfaat kepada mana-mana pihak.

“Tidak wajar premis itu mengambil kesempatan untuk menjual arak dan kita tidak mahu menambah masalah sosial yang ada.

“Ini akan memberikan akses terutama anak muda mendapat bekalan arak dan menikmatinya hingga melanggar hukum agama,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts