‘Jangan jadikan Gaza tempat uji senjata baru’, amaran Hamas kepada Zionis

 

GAZA – Gerakan pejuang Islam Palestin, Hamas memberi amaran kepada Zionis untuk tidak menjadikan Semenanjung Gaza sebagai tempat perujian senjata baru.

Jurucakapnya, Fawzi Barhoum berkata, serangan udara yang sengaja dibuat Israel di beberapa lokasi latihan Hamas di Gaza dianggap pelanggaran yang tidak bertamadun.

“Kesannya rakyat Gaza yang terpaksa menanggung. Kami tidak benarkan Gaza dijadikan tempat ujian senajata baru Zionis,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Israel dilaporkan menyerang Gaza apabila pesawat Zionis mengebom dua tapak Hamas di utara Jalur Gaza, pagi Rabu.

Jurucakap Tentera Israel mendakwa, mereka menggunakan pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat (AS) Lockhead Martin F-35 untuk menyerang Gaza kali ini.

Pesawat F-35 itu adalah sistem senjata paling mahal dari sejarah Kementerian Pertahanan AS, yang menggunakan kos kira-kira US $ 1.5 trilion.

Pesawat berkenaan melepaskan empat roket di Utara Jalur Gaza sehingga menyebabkan kerosakan yang teruk di wilayah itu.

Pesawat itu turut menyerang pusat Hamas di Bayt Lahya dengan melepaskan dua roket. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts