Bantuan Makanan Kutipan PEMBINA Kuala Lumpur Berjaya Menembusi Gaza

KUALA LUMPUR – Misi bantuan makanan yang dikumpulkan oleh Pertubuhan Belia Nasional (PEMBINA) Kuala Lumpur pada 9 Ogos lepas berjaya memasuki Gaza, sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk yang berdepan kebuluran akibat peperangan berpanjangan dan sekatan ketat tentera penjajah.

Menurut kenyataan PEMBINA KL, penghantaran bantuan ini adalah hasil sumbangan orang ramai yang prihatin terhadap nasib rakyat Gaza. Bantuan disalurkan dalam bentuk makanan asas bagi membantu meringankan beban kehidupan seharian mereka.

“Keadaan di Gaza sangat kritikal. Penduduk di sana bukan sahaja berdepan kekurangan sumber makanan, malah turut mengalami kesan fizikal dan mental akibat peperangan yang berlarutan,” jelas jurucakap PEMBINA KL.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan PEMBINA KL dalam usaha bersolidariti bersama rakyat Gaza, selain menyatakan sokongan berterusan melalui bantuan kemanusiaan.

PEMBINA KL turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang, sambil menyeru masyarakat untuk terus bersama-sama membantu meringankan penderitaan rakyat Gaza.

Sumber : Laman Instagram Pembinakl

https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts