Ketepikan soal politik, pertahan hak Islam dan Melayu: UMMAH

 

KUALA LUMPUR – Orang Melayu tidak seharusnya takut dan mengetepikan perbezaan politik serta ego dalam mempertahankan hak mereka termasuk isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahaya berkata, perbezaan politik hanya mewujudkan kebencian antara orang Melayu, sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak perpecahan pada masa akan datang.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang Melayu bersatu dengan menunjukkan penentangan ICERD dalam Himpunan Perpaduan Ummah yang akan diadakan pada Sabtu ini di Pasir Salak.

“Himpunan ini untuk bagi kesedaran kepada rakyat tentang bahayanya implikasi ICERD kepada orang Islam dan Melayu. Bercakap dan memperjuangkan hak bangsa sendiri bukan rasis dan perhimpunan ini bukan bersifat perkauman. Kita juga tidak mengambil hak orang lain.

“Malah ia juga wajib kepada orang Islam dan Melayu untuk bersatu demi kepen­tingan agama dan bangsa kita, bukannya berkait dalam isu politik sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, kaum lain tidak sepatutnya mengganggu dan mempersoalkan kedudukan orang Melayu dan Islam yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Generasi muda perlu sedar erti perjuangan dahulu yang mempertahankan hak kita. Orang Melayu takut kerana tekanan politik dan tekanan daripada pihak ekstremis liberal yang tidak sedar implikasinya.

“Saya berharap, himpunan itu nanti mampu menjadi medan solidariti kepada kita semua,” ujarnya. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts