Jangan harapkan keadilan daripada PBB: Erdogan

 

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, hari ini berkata umat Islam tidak boleh mengharapkan keadilan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata, umat Islam juga tidak diberi hak untuk bercakap pelbagai isu yang dihadapi, termasuk masalah antarabangsa, di dalam Majlis Keselamatan PBB.

“Jangan mengharapkan apa-apa, seperti keadilan, daripada Majlis Keselamatan atau PBB. Jangan mencarinya, kerana tidak ada perkara seperti itu di sana.

“Akibat daripada penyelewengan ini, maka dunia Islam, yang mempunyai populasi seramai 1.7 bilion orang, tidak mempunyai anggota tetap dalam Majlis Keselamatan PBB,” katanya.

Erdogan berkata, ini adalah antara sebab mengapa beliau meminta pembaharuan dilakukan dalam Majlis Keselamatan dengan slogan ‘dunia lebih besar daripada lima’.

Slogan itu menjadi terkenal kerana penggunaannya kerap diulang oleh beliau sambil merujuk kepada lima anggota tetap Majlis Keselamatan – China; Perancis; Russia, United Kingdom; dan Amerika Syarikat (AS).

September lalu, ketika menghadiri Perhimpunan Agong PBB di New York, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyuarakan pandangan sama apabila membidas PBB kerana enggan melakukan reformasi di dalam Majlis Keselamatan.

Antara lain, beliau berkata, lima negara dengan berasaskan kepada kemenangan mereka lebih 70 tahun lalu tidak boleh menuntut hak untuk mencengkam dunia sebagai tebusan buat selama-lamanya.

“Mereka tidak boleh mendabik dada, berhujah mengenai demokrasi dan perubahan regim negara di serata dunia tatkala mereka menafikan demokrasi dalam badan dunia ini,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts