Setelah 4 tahun, kini Mujahideen Syria atas nama Tentera Syria Bebas (Free Syria Army) menguasai kebanyakan wilayah di Syria. Mereka sedang menuju ke arah menguasai ibu negara, Damsyiq.
Sepanjang 4 tahun perang di Syria, 300 ribu syahid, jutaan menjadi pelarian, ratusan ribu berhijrah ke Eropah, Amerika mendiamkan diri menunggu saat Umat Islam hancur.
Sepanjang 4 tahun, Iran, Iraq, Hizbullah Lubnan dan Rusia mendokong Regim Syiah Bassyar Asad membunuh dan melakukan kesemua di atas agar kerajaan Syiah mereka tidak jatuh ke tangan Islam.
Kini apabila Mujahideen telah hampir untuk menawan Damsyiq dan menyempurnakan kemenangan, esok Amerika, Rusia dan lain-lain negara baru nak bersidang di Paris, ke arah “mengadakan penyelesaian politik” (bukan penyelesaian perang) yang sebenarnya untuk menghalang kemaraan dan kemenangan Mujahideen.
Langkah yang sama pernah berlaku ke atas Jihad Islam di Bosnia (1992-1995) di mana setelah mereka membisu dan memerhati Umat Islam dibunuh hingga 300,000 syahid, apabila Mujahideen semakin mara, menawan Gunung Palialik yang paling strategik dan menuju kemenangan, Amerika, Britian, Perancis dll segera memanggil Presiden Ali Izzat Begovich (Bosnia), Presiden Slobodan Milosevic (Serbia) dan Presiden Crotia (Frank Tudjman) untuk berunding, mencari penyelesaian politik, menandatangani Perjanjian Dayton (Nov 1995), menghentikan Jihad Islami dan menghalang Islam menang peperangan tersebut.
Setelah 4 tahun perang di Syria, hari ini, Barat dan Timur mula nak bergerak di meja diplomasi. Hakikatnya adalah sama iaitu pelan mereka agar Islam kalah dan hancur tidak kesampaian kerana Mujahideen atau Tentera Syria Bebas semakin mara. Kerana itu Barat dan Timur hari ini mula kononnya beriya-iya memanggil beberapa pihak untuk berbincang.
Ini dimulakan dengan Rusia menghantar jet pejuang mengebom Syria dan tenteranya menyerang Mujahideen. (Semalam seorang tentera Rusia membunuh diri di Syria – berita Al-Arabiya). Ini bertujuan untuk menunjuk kekuatan palsu di pihak Bassyar Asad agar di meja perundingan nanti, pihaknya mempunyai harga runding yang tinggi. Turki mengatakan 90% bom jet pejuang Rusia ditujukan ke lokasi Mujahideen FSA, bukan ISIS.
Minggu lalu, Rusia menawarkan untuk membantu Mujahideen FSA, tetapi “tawaran” itu ditolak. Hakikatnya Rusia “ingin membantu” Mujahideen FSA dengan mengebom pula kumpulan ISIS, lalu berlaku peperangan antara kedua-dua pihak Sunni ini dan disibukkan dari memerangi dan mengalahkan tentera Syiah Bassyar Asad.
Amerika pula hari ini mencanang dia lah yang membantu Mujahideen selama ini, sedang Amerika sendiri mencipta ISIS, membekalkan senjata dan ratusan juta Dollar dan mengarahkan ISIS memerangi Mujahideen di Syria, tentera Islam di Libya dan merata tempat lagi.
Hakikatnya Barat dan Timur selama ini :
1- hanya membohongi Umat Islam di serata dunia.
2- hanya tahu bahasa Jihad Islami dimana jika tiada, mereka merancang membunuh Umat Islam melalui peperangan di sana dan di sini. Jika ada, mereka sangat khuatir lebih-lebih lagi apabila Jihad Islami semakin mara menuju Kemenangan.
3- Setelah beberapa tahun perang, jika Barat atau Timur ajak pihak-pihak ke meja rundingan, itu bermakna mereka semakin kalah di medan perang, lalu berusaha untuk menang di meja rundingan pula.
4- selagi mereka menang di medan perang, mereka tidak akan melayan apa sahaja teriakan, tangisan dan ajakan Umat Islam untuk berunding.
Kepada Umat Islam terutama para Mujahideen mereka :
1- Mesti yakin bahawa Jihad adalah kefardhuan hingga ke Hari Kiamat seperti yang disebut Hadis Nabi saw.
2- Dunia ini diselesaikan dengan Dakwah dan Jihad, bukan sekadar dengan salah satu darinya sahaja. Tanpa Jihad, kita meletakkan Umat Islam dibawah “rahmah” Kuasa-kuasa Besar yang memiliki persenjataan. Mereka tidak akan sekali-kali mahu Umat Islam menang.
3- Hendaklah semua Negara-negara Islam seperti yang tersenarai di dalam negara-negara OIC, membina kekuatan tentera bersekutu Islam, demi menghadapi segala ancaman bersenjata terhadap Umat Islam di seluruh dunia.
4- pimpinan politik Umat Islam hendaklah menjauhi dari berwalak kepada golongan kafir. Ia bukan sahaja tidak berfaedah, malah membahayakan Islam dan umatnya.
Moga Allah swt memenangkan Islam dan mengagungkan umatnya, mengalah dan menghina Syirik dan golongan musyrikin. Ameen.
Ustaz Abdul Halim Abdullah
Kesatuan Ulamak Ahlus Sunnah Sedunia
Ahli Majlis Syura ISMA
27 Okt 2015
Madinah