Syria: 28 orang awam terbunuh dalam serangan di Aleppo

5a719a421951373e6c647e4d3c4789c74cf8e09f_7

 

ALEPPO, Selasa – Sekurang-kurangnya 28 orang awam terbunuh ketika pertempuran oleh kumpulan penentang kerajaan di daerah barat daya bandar Aleppo.

Ketua Pemerhati Bagi Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, kesemua mangsa yang terbunuh dalam pertempuran semalam termasuk enam kanak-kanak dan lapan wanita di dua kawasan yang dikawal kerajaan rejim Bashar Al Assad.

Katanya, kejadian itu juga telah menyebabkan puluhan yang lain cedera.

Sementara itu, wartawan Al Jazeera, Milad Fadel melaporkan, tentera rejim Bashar Assad telah membuat persediaan bagi melancarkan dan memperluaskan serangan.

“Tentera kerajaan mempunyai beberapa peringkat pertahanan bagi melindungi kawasan barat Aleppo.

“Pertempuran ini dijangka akan berlarutan selama beberapa hari atau mungkin juga minggu,” katanya.

Lebih daripada 280,000 orang telah terbunuh sejak konflik Syria tercetus pada Mac 2011 dengan tunjuk perasaan antikerajaan yang berubah kepada perang saudara.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/syria-28-orang-awam-terbunuh-dalam-serangan-di-aleppo/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts