Bekas pemain bola Sarawak, Affendi Julaihi berjaya himpunkan 1000 huffaz

 

KUCHING – Bekas pemain bola Sarawak, Affendi Julaihi, berjaya mencatat sejarah dengan menghimpunkan 1000 huffaz. Persatuan Institusi Tahfiz (PINTA) Sarawak, menganjurkan Majlis Himpunan 1000 Huffaz bertempat di Masjid Darul Hana, Petra Jaya, Kuching.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Datuk Haji Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Elektrik) merangkap ADUN N.4 Pantai Damai, menyaksikan hampir 1000 huffaz yang hadir dari pelbagai maahad tahfiz dan pusat pengajian agama di seluruh Sarawak. Beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 daripada Pusat Khidmat DUN Pantai Damai kepada PINTA Sarawak yang diwakili oleh Pengerusi PINTA Sarawak, Tuan Haji Afendi Haji Julaihi.

 

 

Antara maahad tahfiz dan pusat pengajian yang terlibat dalam himpunan pada kali ini adalah Maahad Darul Uloom Islamiayyah Kuching, Madrasah Darul Uloom Islamiayyah Saratok, Maahad Al-Makki Semariang, Maahad Al-Makki Kota Samarahan, Maahad Tahfiz Raudatul Jannah Kampung Selang Ulu, SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) Kuching, serta beberapa maahad dan pusat pengajian tahfiz yang lain.

Sejarah Tahfiz di Sarawak

Mengimbas kewujudan institusi tahfiz di Sarawak bermula seawal tahun 1990an dengan bermulanya kelas menghafaz Al-Quran di Masjid Jamek, Kuching dan kemudiannya diikuti dengan penubuhan madrasah tahfiz yang menggunakan bangunan berhampiran Masjid Jamek, Kuching. Seterusnya usaha penubuhan Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yaakub (MATTARY) ditubuhkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) yang memulakan pengambilan pelajar pada tahun 2011. Seterusnya SMKA SHOAW, Kuching juga telah memulakan Pengajian Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) pada tahun 2017.

Selain daripada itu, penubuhan pusat tahfiz swasta atau persendirian juga mulai mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Antara madrasah atau maahad tahfiz yang terawal adalah Maahad Tahfiz Darul Uloom, Kuching yang diusahakan oleh bekas pemain bola sepak Sarawak, Tuan Haji Afendi Haji Julaihi. Ini seterusnya diikuti oleh lebih banyak madrasah dan maahad tahfiz di seluruh Sarawak termasuk di luar Bandaraya Kuching, seperti Madrasah Darul Uloom Islamiayyah Saratok.

 

 

Tujuan utama himpunan kali ini adalah memberi kesedaran kepada pemeliharaan Al-Quran dan memberi galakan kepada masyarakat agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Dalam masa yang sama turut memperkenalkan, memperkembangkan serta memperkasakan pengajian tahfiz Al-Quran di kalangan masyarakat Islam di Sarawak.

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung semasa himpunan selama dua hari ini termasuklah pertandingan hafazan, pertandingan pidato, dan khatam Al-Quran. Himpunan ini dirasmikan penutupannya oleh Yang Berbahagia Datu Haji Misnu Bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak. – Sarawak News Network

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts