Belajarlah dari sejarah dunia Arab wahai Fatah

BANGI– Tidak mustahil Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) dan sekutunya akan menerima nasib sama seperti pemimpin Arab lain, jika memilih setia dengan Barat.

Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, Fatah dan sekutunya patut belajar daripada sejarah dunia Arab sewaktu bersama Barat sebelum ini.

Barat hanya menaikkan pemimpin Arab yang mempunyai sifat setia dan boleh melaksanakan tugas, namun kesetiaan sahaja tidak cukup, katanya.

“Saya ulang kesetiaan sahaja tidak cukup. Bila sudah habis fungsi pemimpin Arab itu, Barat akan tinggalkan dan nasib mereka selepas itu pelbagai bentuk.

“Pemimpin Fatah dan sekutu Fatah yang masih mahu setia dengan Barat boleh pilih kesudahan mereka.

“Boleh senaraikan… Yasir Arafat? Mubarak? Saddam Husain? Muammar Gaddafi? Hafiz Asad? Dan ramai lagi yang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media berhubung kesediaan Fatah mentadbir Gaza, jika Hamas kalah dan tersingkir daripada perang dengan Israel.

Ustaz Muhammad Fauzi yang juga Felo Kanan Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR) turut memberi peringatan sama terhadap orang Melayu yang bersungguh menjatuhkan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

“Kalau kajian saudara membuktikan Hamas tidak boleh diharap, mari kita bincang secara ilmiah.

“Kalau usaha jatuhkan Hamas sebab ada habuan dari sesiapa, beringatlah… sampai masanya mereka akan tinggalkan saudara bila mereka ada calon yang lebih ‘perform’,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts