Benarkah membaca ‘Sadaqallahul Azim’ sebagai penutup al-Quran dikira bidaah?

Usai membaca al-Quran, biasanya seorang Muslim akan mengucapkan ‘Sadaqallahul azim’. Kalimah tasdik itu sudah menjadi kebiasaan bagi umat Islam di Malaysia sebagai tanda mengangkat martabat kitab suci ALLAH berkenaan.

Pun begitu, wujud juga dalam kalangan masyarakat kita yang melarang penggunaan kalimat ‘sadaqallahul azim’ selepas membaca al-Quran atas alasan amalan tersebut tidak pernah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW, lantas menjadikan ia perbuatan bidaah.

Namun, sebagaimana dijelaskan oleh portal Mufti Wilayah Persekutuan, ucapan sadaqallahulazim merupakan salah satu cara penghormatan kita terhadap al-Quran.

Penggunaan kalimat ini juga pernah disebutkan serta dipersetujui oleh para ulama. Antaranya, ulama Imam al-Qurtubi berkata:

“Antara cara menghormati Al-Quran adalah apabila seseorang selesai membacanya, dia membenarkan Tuhannya dan bersaksi bahawa Rasulullah SAW telah menyampaikan Al-Quran, serta bersaksi bahawa Al-Quran adalah benar dengan mengucapkan: “صدقت ربنا وبلغت رسلك ونحن على ذلك من الشاهدين” (Engkau benar wahai Tuhan kami, Engkau telah mengutuskan Rasul-Mu, dan kami menjadi saksi ke atas perkara tersebut.” (Rujuk Tafsir al-Qurtubi)

Pujian kepada ALLAH
Pihak Mufti turut menjelaskan, para ulama kontemporari seperti Majlis Fatwa Jordan telah menegaskan bahawa ucapan sadaqallahulazim bukanlah amalan bidaah yang tercela.IKLAN

Sebaliknya, ia adalah bentuk zikir dan pujian terhadap ALLAH SWT. Seperti yang diketahui, kita dianjurkan berzikir dalam setiap waktu dan keadaan.

Hukum mengucapkan dalam solat
Dalam pada itu, pihak Mufti berkata, perbuatan mengucapkan sadaqallahulazim setelah selesai membaca al-Quran dalam solat tidak akan membatalkan solat tersebut.

Hal ini kerana ungkapan itu dikira zikir dan bukannya percakapan dengan orang lain.

Kesimpulannya, membaca sadaqallahulazim setelah selesai membaca al-Quran bukannya perbuatan bidaah dalam agama, bahkan ia merupakan satu bentuk zikir yang digalakkan untuk dibaca sebagai salah satu cara memuliakan al-Quran dan beradab dengan ALLAH SWT.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts