Berang dipenjara tanpa tuduhan, tahanan Palestin terus mogok lapar

 

RAMALLAH – Jumlah tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar di penjara negara haram Israel kini meningkat kepada 13 orang.

Tindakan itu bagi memprotes rejim penjajah yang menangkap mereka tanpa sebarang tuduhan atau perbicaraan, lapor agensi Anadolu.

Menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPC), lapan lagi tahanan Palestin bertindak bersolidariti dengan melancarkan mogok lapar. 

Persatuan itu berkata, tahanan baharu yang melancarkan tindakan itu adalah Alaa El-Din Khaled Ali dari Ramallah dan Ahmed Abdel Rahman Abu Sale, Muhammad Khaled Abu Sale, Hussam Taysir Rabie dan Fadi Al-Amour yang berasal dari Hebron. 

PPC berkata, tiga tahanan lain telah menghentikan mogok setelah pihak berkuasa bersetuju menetapkan had penahanan serta tarikh untuk pembebasan mereka. 

Difahamkan, seorang lagi tahanan, Muayyad Al-Khatib, 21, terpaksa menghentikan tindakan mogok ekoran tahap kesihatannya yang semakin merosot. 

Muayyad dilaporkan mengalami penyusutan berat badan yang melampau, pendarahan dalam perut dan muntah darah. 

Setakat ini, sekitar 4,850 tahanan Palestin termasuk 41 wanita dan 225 kanak-kanak di penjara Israel. Malah, 540 rakyat Palestin ditangkap di bawah tahanan pentadbiran.

Perintah tahanan pentadbiran boleh diperbaharui serta-merta tanpa perlu didakwa di mahkamah. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts