Berjasa umum calon Muslim berwibawa bertanding di Tanjung Piai

 

PUCHONG – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mengumumkan Presidennya, Dato’ Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, pada 16 November depan.

Pengumuman berkenaan dibuat dalam satu sidang media khas yang diadakan di Pejabat Berjasa, di sini hari ini.

Lebih mesra disapa sebagai Dr Badh, beliau kini berusia 56 tahun dan anak jati kelahiran Muar, Johor.

Beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana (Sains) Kejuruteraan Kimia di Universiti Colorado, Amerika Syarikat (AS) sebelum menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia di Universiti Wales, United Kingdom (UK).

Prof Badhrulhisham kemudian berjaya mengenggam Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kyoto, Jepun.

 

 

Beliau pernah berkhidmat lebih 10 tahun dalam sektor pendidikan di universiti awam dengan jawatan tertinggi disandang adalah Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Setelah meninggalkan dunia pendidikan, Prof Badhrulhisham kini adalah pengurus dan konsultan di Technopreneur Integrated Enterprise.

Sebelum diangkat sebagai Presiden Berjasa tahun lalu, Prof Badhrulhisham sangat aktif dalam aktiviti membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kemasyarakatan sama ada di dalam atau luar negara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts