Bilangan akaun Facebook aktivis, wartawan Palestin disekat meningkat

facebook-app-sensor-tower-e1471977216684-1024x576

 

BEIRUT – Bilangan akaun Facebook aktivis, termasuk wartawan Palestin yang disekat meningkat tahun lalu selepas pertemuan antara kerajaan rejim Zionis dan syarikat gergasi media sosial itu, bagi menangani hasutan di platform berkenaan.

Pengarah Pusat Pembangunan dan Media Kebebasan Palestin (MADA), Mousa Rimawi berkata, peningkatan secara drastik itu mengundang kebimbangan Palestin terhadap tindakan keras Israel ke atas hak kebebasan bersuara mereka.

“Laman sosial adalah platform yang cekap untuk memberi kuasa kepada wartawan dan rakyat Palestin secara umum menyatakan pendapat mereka secara bebas.

“Tetapi pengawasan sistematik dan pemerhatian oleh pihak berkuasa Israel telah menjadikan platform terbuka untuk pendapat pengguna itu, sebagai penganiayaan dan penindasan,” katanya dalam laporan terbaru.

Katanya, setakat minggu ini, aktivis Pusat Maklumat Palestin melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 10 akaun Facebook pentadbiran mereka bagi laman bahasa Arab dan bahasa Inggeris telah digantung daripada diakses.

Walaupun, tiada contoh perundangan dalam undang-undang Israel bagi mendakwa individu atas kesalahan berkaitan kes atas talian, Israel bimbang kandungan di media sosial akan mencetuskan keganasan, sehingga mewujudkan unit jenayah siber pada Oktober 2015 untuk memantau dan mengawal apa yang diterbitkan di internet.

Pihak berkuasa Israel juga menekan beberapa syarikat media sosial untuk bertindak menyekat dan memadamkan berita yang boleh mencetuskan keganasan termasuk menggubal undang-undang. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts