Sokong ‘two state solution’ umpama iktiraf negara haram Israel

BANGI– Malaysia mesti mengambil pendirian tegas dalam isu perjuangan dan pembebasan Palestin daripada penjajahan rejim Israel.

Selaras itu, BERJASA Selangor menggesa kerajaan Malaysia supaya tidak mengiktiraf idea ‘two state solution’ atau penyelesaian dua negara yang dicadangkan Israel dan Barat.

Setiausaha Jawatankuasa BERJASA Negeri Selangor, Abdul Aziz Badu berkata, langkah menyokong idea ‘two state solution’ sekali gus memberikan pengiktirafan kepada negara haram Zionis.

“Persempadanan 1967 merujuk kepada ‘two state solution’ adalah cadangan Zionis dan bukannya kehendak rakyat Palestin.

“BERJASA Selangor berpendirian teguh bahawa ‘two state solution’ bukan penyelesaian kepada perjuangan rakyat Palestin pada hari ini.

“Perjanjian itu hanya akan memecahkan Palestin kepada bahagian yang lebih kecil dan selebihnya iaitu 80 peratus diperolehi oleh penjajah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Atas sebab itu, beliau menggesa kerajaan untuk lebih progresif menerangkan dan menjelaskan mengenai naratif terkini perang Palestin serta membawa seruan kepada umat Islam untuk membebaskan Palestin.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts