MAIS beri amaran keras umat Islam tidak berpuasa


SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi amaran keras terhadap umat Islam di negeri tersebut yang tidak berpuasa dan didapati makan di khalayak ramai.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada laporan diterima daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan perkara terbabit setakat Selasa.

Namun, beliau memberi peringatan kepada umat Islam bahawa perbuatan tidak berpuasa di bulan Ramadan tanpa sebab kukuh salah di sisi agama.

Menurutnya, pihak JAIS sentiasa membuat pemantauan dan penguatkuasaan menerusi unit penguatkuasa jabatan tersebut.

“Sekiranya mereka ditangkap tidak berpuasa di khalayak ramai dan dibuktikan benar, mereka boleh didenda sehingga RM1,000, atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Ada enakmen berkenaan dan setakat ini saya tidak menerima sebarang laporan berkenaan perkara tersebut,” katanya.

Abdul Aziz ketika ditemui media semasa Majlis Perasmian Iftar dan Tadarus Perdana Riqab MAIS 2022 di Wisma PKPS, Seksyen 14 di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Perasmian Iftar dan Tadarus Perdana Riqab MAIS 2022 di Wisma PKPS, Seksyen 14 di sini pada Selasa.

Majlis tersebut turut menyaksikan pihak MAIS memberikan sumbangan sebanyak RM11.2 juta kepada 24 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPR) menerusi Bantuan Geran Pemulihan Riqab bagi membantu kebajikan asnaf Al-Riqab


Selain itu, MAIS juga turut menyumbang sebanyak RM293,920 kepada 1,117 orang asnaf Al-Riqab di negeri tersebut bagi membantu asnaf berkenaan membuat persiapan awal menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi.

“Setiap tahun kita berikan bantuan kepada kumpulan-kumpulan Al-Riqab yang ditempatkan di 24 RPR yang menghadapi pelbagai masalah seperti gejala sosial, ketagihan dadah, masalah akidah, dan kecelaruan identiti yang mana mereka tergolong dalam kelompok yang terbelenggu,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts