Bimbang gelombang kedua, Palestin perketat langkah perangi COVID-19

 

RAMALLAH – Perdana Menteri Palestin, Mohammed Ishtaye mengumumkan bahawa kerajaan akan memperketat langkah-langkah untuk memerangi penularan wabak COVID-19 di wilayah itu.

“Kadar jangkitan harian di wilayah Palestin masih tinggi dan membimbangkan,” katanya pada mesyuarat Kabinet mingguan Pihak Berkuasa Palestin (PA), di sini.

Ishtaye berkata, PA melanjutkan tindakan memperketat semua usaha untuk menyekat penyebaran virus, ketika mana beberapa negara sedang berdepan dengan gelombang kedua.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan juga sedang berusaha untuk menambah baik sistem kesihatan, dengan meningkatkan jumlah doktor, jururawat, mesin ventilator serta bilangan katil hospital. 

Sementara itu, di Gaza, Menteri Dalam Negerinya, Tawfiq Abu N’iem memaklumkan pihaknya berkemungkinan menutup kembali Semenanjung Gaza sekiranya jumlah kes jangkitan meningkat.

Setakat ini, kes jangkitan di Gaza meningkat kepada 2,613 dengan 17 kematian, manakala 850 lagi dilaporkan pulih sepenuhnya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts