Bom Perang Dunia Kedua 250kg Ditemui di Tapak Projek Perumahan Kuantan

KUANTAN, 3 Julai — Sebutir bom lama seberat 250kg yang tidak meletup, dipercayai digunakan semasa Perang Dunia Kedua, telah ditemui di tapak pembinaan perumahan di Bukit Goh, semalam.

Foto FB orang awam /MPKK Pak Ngah Aziz

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan (Pemangku), Supt Mohd Adli Mat Daud, bom itu dijumpai oleh seorang kontraktor projek perumahan pada jam 2.50 petang. Polis segera ke lokasi untuk kawalan keselamatan dan siasatan.

Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang kemudian melakukan penilaian risiko, sebelum menjalankan proses pelupusan bom menggunakan kaedah “low order” — iaitu teknik kawalan letupan bagi mengurangkan gegaran kepada rumah penduduk berhampiran.

“Bom berjaya dimusnahkan dengan selamat pada jam 10 pagi, dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Dalam masa sama, Mohd Adli menasihatkan orang ramai supaya tidak menyentuh atau mengalih sebarang objek mencurigakan yang dijumpai. Sebaliknya, laporkan segera kepada balai polis terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Bernama

https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts