Tidak khusyuk ketika solat

 

1. SETIAP muslim hendaklah berusaha untuk khusyuk ketika solat. Bayangkan sekiranya bos kita sedang bercakap dengan kita sedangkan kita sibuk bermain telefon. Begitulah perumpaan orang yang sedang berada dihadapan Allah, namun jiwanya sibuk dengan urusan dunia.

2. Rasulullah pernah berpesan dalam sabdanya:

فَإِذَا صَلَّيْتُمْ فَلَا تَلْتَفِتُوا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْصِبُ وَجْهَهُ لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلَاتِهِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْ

“Apabila kamu mendirikan solat, maka janganlah hati kamu berpaling (dari Allah). Sesungguhnya Allah menghadapkan wajahNya kepada wajah hambanya selagi hambanya tidak berpaling.” (HR al-Tirmizi, dinilai Sahih)

3. Justeru, ambillah pengajaran dari hadis ini. Cubalah khusyuk ketika solat kerana sesungguhnya Allah sentiasa mengadap kita selagimana hati kita tidak berpaling dariNya.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts