Buat kesilapan, segera beristighfar

  1. Salah satu daripada sifat orang yang bertakwa ialah mereka itu segera beristighfar setelah melakukan kesilapan. Perkara ini dijelaskan di dalam firman Allah yang menyebutkan:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka…” (Surah Ali Imran: 135)

  1. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi memetik kata-kata al-Imam Fakhruzrazi yang menyebutkan bahawa, Allah membahagi sifat orang bertakwa kepada kategori.
  2. (Iaitu) Yang pertama adalah yang konsisten melakukan kebaikan (dengan berinfaq dan amal kebaikan). Manakala yang kedua pula adalah mereka mudah tersedar apabila melakukan kesalahan dan segera kembali kepada Allah. Ini menunjukkan bahawa orang yang bertakwa itu juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
  3. Manakala al-Imam Ibn Kathir pula (ketika menafsirkan ayat ini) menukilkan beberapa amalan mudah yang berupaya menghapuskan dosa-dosa kecil seseorang. Anataranya seperti hadis:

مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ، غَفَرَ اللَّهُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berwudu’ dengan cara wudu’ku ini, kemudian dia menunaikan solat sunat dua rakaat dan tidak berbicara diantara keduanya (tidak membicara selain memikirkan urusannya dengan Allah), maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR al-Bukhari)

  1. Menariknya juga dalam ayat ini, Allah seakan-akan menjelaskan kepada kita bahawa bahawa orang-orang yang bertakwa itu sebenarnya masih terdedah untuk melakukan dosa.
  2. Ini bererti, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan sekalipun orang yang bertakwa. Namun, Allah memahami sifat manusia dan membuka banyak ruang dan pintu agar manusia kembali kepada Allah walaupun dengan amalan yang mudah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts