Bukan Islam gunting rambut bayi dalam majlis berendoi boleh jadi fitnah

BANGI – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menjelaskan majlis marhaban dan berendoi yang menjemput orang bukan Islam menggunting rambut bayi boleh menimbulkan fitnah.

Ini kerana, perkara itu juga bertentangan dengan amalan kebiasaan masyarakat Islam yang mengkhususkan menggunting rambut bayi oleh orang soleh atau orang Islam yang dihormati dalam masyarakat.

Meskipun tindakan itu tidak haram, JMWP menjelaskan, perbuatan itu tidak sesuai dengan falsafah di sebalik majlis yang lebih kepada ingin mengambil berkat daripada orang solaeh yang dijemput untuk menggunting rambut bayi.

“Dalam masyarakat Melayu terdapat budaya-budaya tertentu dalam menzahirkan kesyukuran ini seperti diadakan majlis marhaban dan berendoi (seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut).

“Kebiasaannya orang soleh dan yang dihormati dalam masyarakat dijemput untuk menggunting sedikit rambut sebagai simbol sebelum kemudiannya akan dicukur rambut bayi keseluruhannya oleh orang lain.

“Ini adalah sebagai mengambil berkat orang soleh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, JMWP berkata, keberadaan orang bukan Islam dalam majlis berkenaan boleh dilihat daripada aspek dakwah.

JMWP menjelaskan perkara itu sebagai menjawab soalan diterima berhubung isu video tular di TikTok memaparkan seorang pemimpin bukan Islam dijemput menggunting rambut bayi dalam majlis marhaban dan berendoi.

Video terbabit tular dan menerima reaksi daripada pelbagai pihak yang mengkritik tindakan ‘tuan rumah’ menjemput individu itu terbabit dalam majlis berkenaan.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts