‘Sedih bila anak sudah Islam, tetapi undang-undang paksa murtad’

 

BANGI – Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang memutuskan penukaran agama tiga kanak-kanak kepada Islam tidak sah dan batal, memberi kesan besar kepada kehidupan beragama mereka selepas ini.

Mengakui terkejut dengan keputusan itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya berkata, sesuatu perlu dilakukan termasuk penggubalan segera undang-undang melindungi kanak-kanak yang sudah memeluk Islam.

“Berita ini sangat menyedihkan seluruh umat Islam. Walaupun tiga kanak-kanak itu telah Islam, tetapi mereka terpaksa murtad mengikut agama ibu kerana akur dengan keputusan mahkamah.

“Sedangkan jika menurut Islam, kanak-kanak bawah agama adalah mengikut agama ibu atau bapanya yang Islam. Jadi ini jelas bercanggah dengan Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

 

 

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, yang memutuskan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Ketika mereka diislamkan pada 2009, kanak-kanak berkenaan itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.

Aminuddin yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah berkata, meskipun keputusan mahkamah perlu dihormati semua pihak, namun ia seolah-oleh bercanggah dengan hukum Islam.

“Bukan saja ia mencabar umat Islam, malah ia mencabar kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja yang bertangunggjawab kepada agama Islam dan pengikutnya,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts