Nurd Kamal: Masjid paling utara di dunia

 

Kebiasaannya, masjid-masjid terkenal di seluruh dunia mempunyai ciri khas tersendiri. Baik dari segi rekabentuk, ukiran kaligrafi atau sejarahnya. Namun berbeza dengan masjid yang ini. Ia dikenali sebagai Masjid paling sejuk di dunia.

Ia adalah masjid The Nurd Kamal, terletak di  di bandar Norlisk, iaitu bahagian utara wilayah Siberia, Rusia. Menurut sejarah, dikatakan masjid ini dibangunkan oleh seorang lelaki daripada etnik Tartar, Mukhtad Mekmeyev pada 1998.

Suhu di sini boleh mencecah sehingga -50 darjah Celsius. Daerah ini dilanda salji sekitar 270 hari dalam setahun dan musim ribut pula adalah sekitar 130 hari. Menariknya, masjid ini tercatat di dalam Guinness Book Of Records sebagai masjid paling utara di dunia.

 

 

Menurut pengurus masjid ini, terdapat lebih kurang 50,000 penduduk yang beragama Islam di daerah itu daripada jumlah keseluruhan 210,000 orang. Kebanyakan mereka adalah imigran dari Azerbaijan dan Dagestan. Namun hanya sekitar 1,000 orang yang sering mengunjungi masjid itu untuk menunaikan ibadah.

Namun kini, disebabkan cuaca buruk, populasi penduduk di sini semakin menurun. Bukan hanya umat Islam sahaja, malah termasuk kaum lain. Di bulan Ramadhan, orang Islam di sini terpaksa berpuasa lebih lama jika dibandingkan umat Islam di negara atau benua lain iaitu sekitar 18-20 jam sehari.

Sumber: https://www.thevocket.com/inilah-masjid-paling-sejuk-di-dunia/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts