Bukan Islam tidak wajar beri pandangan berkaitan Pendidikan Islam: Mufti Perak

 

IPOH: Adalah sangat tidak wajar bagi kerajaan membuka ruang kepada semua pihak tanpa mengira agama untuk memberi pandangan berkaitan mata pelajaran Pendidikan Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, berkata ini kerana orang bukan Islam tidak memiliki kefahaman mengenai hukum dan peraturan agama Islam.

“Mereka akan cenderung memberi pandangan berdasarkan akal dan kepentingan diri semata-mata, sedangkan mengikut tradisi dan falsafah Pendidikan Islam yang bersumberkan hukum daripada al-Quran dan Sunnah serta sumber yang disepakati oleh ulama.

“Jika pembabitan bukan Islam dalam cadangan penambahbaikan ini dibenarkan, dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak pertentangan pendapat berhubung ajaran Islam yang sebenar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Harussani mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, baru-baru ini yang mengalu-alukan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk memberi pandangan serta idea kepada pasukan khas bagi meneliti isu membabitkan Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan.

 

 

Harussani turut menyeru umat Islam yang mempunyai kepakaran supaya dapat memberikan cadangan dan pandangan penambahbaikan mata pelajaran Pendidikan Islam secara atas talian di pautan https://forms.gle/SeVw82uoR2r8vnfp8 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Katanya, usaha penambahbaikan ini juga tidak hanya perlu fokus kepada mata pelajaran Pendidikan Islam, malah mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan lain-lain juga perlu kepada penambahbaikan.

Beliau berkata, ia bagi memastikan pelajar berbilang kaum mendapat kefahaman yang maksimum sekali gus dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara dan memupuk perpaduan nasional.

“Secara dasarnya saya menyokong dan bersetuju dengan usaha penambahbaikan tersebut, namun saya ingin menegaskan di sini bahawa usaha penambahbaikan itu mestilah dilakukan tanpa mengurangkan silibus mata pelajaran Pendidikan Islam sedia ada.

“Saya sangat menghargai usaha murni bagi menambahbaik bukan sahaja mata pelajaran Pendidikan Islam malah mata pelajaran yang lain juga, tetapi biarlah kajian dijalankan oleh ahli yang berkelayakan berdasarkan firman Allah di dalam surah An-Nahl ayat 43 : ‘maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan’,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts