Tingkatkan ibadah pada bulan Ramadan walaupun PKP

 

BANGI – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan puasa wajar dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam untuk menyusun program keagamaan dalam kalangan ahli keluarga.

Ahli Jawatankuasa Pusat gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim berkata, sebagai ketua keluarga, setiap masa yang ada mesti digunakan dengan sebaik-baiknya seperti meningkatkan ibadah solat berjemaah bersama-sama.

“Jika selama ini kita kurang dapat solat berjemaah bersama keluarga, pastikan pada bulan Ramadan ini, setiap waktu solat kita berjemaah. Dan jika ada ahli keluarga yang tertidur, kita tunggu supaya semua bersedia untuk solat berjemaah sama-sama.

“Selepas solat berjemaah, kita boleh mengaturkan ahli keluarga untuk menyampaikan tazkirah daripada kitab-kitab hadis, pengajaran berkaitan Ramadan dan sebagainya,” katanya dalam ketika temu bual Ekslusif TV Pertiwi hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Omar berkata, antara hadiah yang dikurniakan oleh Allah SWT pada bulan Ramadan ini adalah al-Quran.

Justeru, katanya, waktu PKP – yang sudah memasuki fasa keempat – peluang kepada umat Islam yang selama ini tidak berkesempatan untuk bertadarus dan khatam al-Quran sekeluarga.

“Kali ini kita mesti susun peluang masa yang ada untuk bertadarus dan khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali bersama ahli keluarga. Contoh apa yang dilakukan saya sekeluarga, selepas solat Subuh kami akan bermathurat dan kemudian bertadarus. Kami juga akan bertadarus selepas solat Maghrib,” katanya. – ismaweb

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts