Arab Saudi benarkan ibadah umrah, terhad umur 18 hingga 50 tahun

 

MAKKAH – Mulai 1 November, umat Islam seluruh dunia dibenarkan mengerjakan umrah selepas permit kebenaran untuk jemaah luar Arab Saudi dikeluarkan.

Bagaimanapun, hanya terhad kepada jemaah berusia antara 18 hingga 50 tahun, dan mereka perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sewaktu ketibaan di negara itu.

Menerusi laporan Saudi Gazette yang memetik sumber Kementerian Haji dan Umrah, jemaah perlu mempunyai sijil ujian kesihatan PCR yang menunjukkan mereka bebas COVID-19.

“Tidak lebih daripada 72 jam selepas sampel itu diambil dan dikeluarkan oleh makmal bertauliah di negara jemaah.

“Jemaah juga perlu mendapat kebenaran untuk melakukan umrah selain lawatan ke dua Masjid Suci dan melakukan solat di Rawdah Sharif dengan mendaftar di aplikasi Eatmarna,” katanya.

Selain itu, syarikat umrah perlu mengesahkan maklumat tepat berdasarkan pasport jemaah termasuk tarikh lahir, sekurang-kurangnya 34 jam sebelum hari ketibaan.

Melalui sistem itu, data tiket penerbangan juga perlu ada dalam sistem, termasuk nombor tiket, nombor ketibaan pesawat, negara berlepas, masa dan tarikh pelepasan, negara ketibaan, masa dan tarikh tiba serta maklumat penerbangan lain.

Selain itu, maklumat penginapan di Makkah dan Madinah perlu dilengkapkan.

Jemaah perlu dibahagikan kepada kumpulan dengan minimum seramai 50 jemaah dalam satu kumpulan.

Pada masa sama, syarikat umrah perlu melantik seorang ketua untuk mengawal setiap kumpulan berkenaan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts