Calon Pilihan Raya Gabenor Aceh wajib lulus ujian Al-Quran

gabenor

 

JAKARTA, Jumaat – Dua belas calon Gabenor dan Timbalan Gabenor di Aceh dikehendaki menjalani ujian mengaji Al-Quran sebagai satu syarat utama untuk bertanding dalam Pilihan Raya Gabenor tahun depan.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Pilihan Raya Suruhanjaya Bebas (KIP) Aceh, Ridwan Hadi berkata ujian berkenaan adalah salah satu syarat yang mesti dipenuhi calon.

“Ujian ini dikenakan ke atas semua calon yang bertanding dalam pilihan raya wilayah Aceh. Selain pilihan raya gabenor, 20 ahli majlis perbandaran di Aceh juga akan menghadapi pilihan raya serantau serentak tahun depan.

“Syarat lulus mengaji Al-Quran hanya terpakai di Aceh dan calon yang tidak boleh membaca al-Quran tidak akan lulus proses pencalonan sama sekali,” katanya dipetik Jakarta Post.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya bukan sekadar menilai keupayaan membaca ayat Al-Quran calon tetapi bagaimana bakal pemimpin tempatan itu mampu melaksanakan nilai-nilai kepimpinan seperti yang dinyatakan dalam kitab suci Al-Quran.

Dalam ujian kali ini, semua calon didapati lulus, satu peningkatan berbanding pilihan raya sebelum ini di mana masih ada calon yang gagal membaca Al-Quran.

Kesemua calon dibahagikan kepada enam pasangan dan menjalani ujian berkenaan di Masjidil Haram Baiturrahman Aceh di Banda Aceh, pagi hari berkenaan.

Mereka terdiri daripada Zaini Abdullah-Nasaruddin, Abdullah Puteh-Sayed Mustafa, Irwandi Yusuf-Nova Iriansyah, Tarmizi Karim-T Muksalmina, Zakaria Saman-T Alaidinsyah dan Muzakkir Manaf-TA Khalid. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts