China didakwa ambil, jual organ etnik Muslim Uighur

 

LONDON: Sebuah pertubuhan di China mendakwa kerajaan negara itu mengambil jantung, buah pinggang, paru-paru dan kulit daripada ahli kumpulan agama, termasuk etnik Islam Uighur dan Falun Gong.

China Tribunal, pertubuhan disokong badan kebajikan hak asasi manusia Australia yang menyiasat aktiviti pengambilan organ yang membentangkan isu kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland, kelmarin.

Menurut peguam pertubuhan itu, Hamid Sabi, China ‘memotong keluar’ jantung serta organ lain daripada mangsa yang masih hidup yang tidak bersalah.

Menurut Reuters, kerajaan China yang mengakui pernah mengambil organ tahanan yang menjalani hukuman mati namun dihentikan pada 2015, menafikan kegiatan sama membabitkan etnik Uighur dan Falun Gong.

 

 

Hamid memberitahu wakil PBB pihaknya mempunyai bukti kegiatan kerajaan China itu yang dianggap jenayah kemanusiaan.

Dalam video disiarkan di laman web China Tribunal, Hamid yang membentangkan bukti diperoleh berkata, pihaknya mendapati sejumlah besar tahanan ‘dibunuh untuk memenuhi tempahan’ oleh kerajaan China.

“Mereka dibedah ketika masih hidup dan dikeluarkan buah pinggang, limpa, jantung, paru-paru, kornea dan kulit untuk dijual,” kata laporan itu.

Organ itu digunakan untuk perubatan menyebabkan tempoh menunggu pesakit pemindahan organ di China, menjadi singkat.

 

 

Laporan itu diketuai Sir Geoffrey Nice, peguam Britain yang mengetuai pendakwaan bekas Presiden Yugoslavia, Slobodan Milosevic.

Menurut Hamid, kegiatan China itu membabitkan ratusan ribu mangsa tetapi tidak menyatakan jumlah organ atau mangsa membabitkan etnik Uighur dan anggota Falun Gong.

Hamid membuat kesimpulan menjadi tugas agensi antarabangsa seperti PBB untuk menyiasat penemuan pertubuhannya yang berkemungkinan bukan saja pembunuhan beramai-ramai, malah jenayah kemanusiaan. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts