Kuala Lumpur, 2025 – Perjalanan akademik Mohamad Iqbal Hakim Mohd Azhan, 29 tahun, bagaikan ujian dan inspirasi dalam satu masa. Dari pandemik COVID-19 yang melumpuhkan makmal, geran penyelidikan tamat, hingga terpaksa bekerja sebagai kru dapur, beliau tetap gigih menyiapkan tesis Sarjana Sains UPM.
Pada 2024, selepas menghantar tesis, Iqbal menyertai Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) di INTAN, menyesuaikan persediaan viva dengan jadual latihan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang padat. Di samping itu, beliau juga aktif dalam program dakwah dan komuniti, berkongsi ilmu serta memberi inspirasi kepada generasi muda.
Kejayaan Iqbal bukan sekadar akademik tetapi tesis beliau diterbitkan dalam jurnal antarabangsa, dan beliau diiktiraf sebagai Graduan Cemerlang DPA INTAN. Beliau kini berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beliau sgt menekankan bahawa disiplin diri adalah kunci utama, dan tempoh perjalanan yang panjang bukan kegagalan, tetapi “perjalanan terbaik untuk menguatkan diri” demi menyumbang melalui dasar, perkhidmatan, dan dakwah.
“Setiap cabaran mengajar saya bersabar, mengatur keutamaan, dan terus memberi manfaat kepada masyarakat,” kata Iqbal.
Mohamad Iqbal membuktikan bahawa ketekunan, keberanian menghadapi cabaran, dan komitmen pada ilmu serta dakwah mampu melahirkan graduan bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga berjiwa inspirasi.
Sumber: Universiti Putra Malaysia (UPM)
📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam








