COVID-19: Johor arah masjid, surau tangguh penganjuran sambutan Maulidur Rasul

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor hari ini mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini supaya menangguhkan penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul mulai Selasa ini (19 Okt) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata penangguhan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan kes COVID-19 melibatkan beberapa mukim di daerah negeri ini.

Beliau berkata arahan itu selaras dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di masjid dan surau negeri ini.

“Bagaimanapun, sambutan boleh dilaksana dan disiarkan secara dalam talian dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tosrin berkata bagi sambutan peringkat negeri yang dijangka berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini Isnin ini, hanya 50 orang sahaja dibenarkan termasuk imam, bilal dan petugas. -Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts