Henti syak wasangka, ambil vaksin Covid-19 – Marzuk Shaary

KUALA LUMPUR: Masyarakat diminta untuk hentikan segala syak wasangka dan patuhi arahan kerajaan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pendirian golongan ‘anti vaksin’ untuk tidak menerima vaksin bukan sahaja tidak tepat malah turut membahayakan nyawa mereka sendiri.

Katanya, keengganan mengambil vaksin ini bukan membahayakan nyawa individu sahaja tetapi melibatkan anak-anak, keluarga, jiran dan seluruh Keluarga Malaysia.

“Mereka mempunyai alasan-alasan yang tersendiri walaupun tiada sebarang penyakit, tetapi mereka enggan digelar sebagai ‘anti-vaksin’.

“Benar, kerajaan tidak boleh memaksa mereka untuk mengambil vaksin. Tetapi jika mereka berfikir dengan pertimbangan akal yang waras, pasti mereka sedar lebih banyak kebaikan dari keburukan vaksin, terutama dari segi maslahat awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Ahmad Marzuk mengulas, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI pada 3 Disember 2020 telah menetapkan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, serta wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

Fatwa itu telah diterima dan diguna pakai di semua negeri di Malaysia.

Jelasnya tiada keraguan yang sepatutnya muncul dalam masyarakat untuk mengambil vaksin selepas Jawatankuasa Muzakarah berkenaan memutuskan perkara tersebut.

Masyarakat katanya perlu menghormati serta mengiktiraf kelayakan mufti-mufti, pakar-pakar serta ahli akademik yang terlibat dalam bidang fatwa dan hukum dalam membuat keputusan secara kolektif.

Beliau turut memetik firman Allah SWT dalam Surah an-Nahl ayat 43, “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui,”.

Ahmad Marzuk berkata demikian selepas mendapati 38,000 rakyat Kelantan masih belum dan tidak mengambil vaksin.

Secara keseluruhan 94 peratus individu dewasa di Kelantan sudah mendapat dos yang pertama. —AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts