Cuaca panas: Johor laksana solat hajat esok

JOHOR BAHRU – Semua masjid dan surau di Johor akan melaksanakan solat hajat pada Jumaat bagi memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, solat hajat itu akan diadakan selepas solat fardu Jumaat.

“Pada Jumaat, Menteri Agama telah mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan solat hajat di Kuala Lumpur untuk memohon kesejahteraan negara dan masyarakat. Oleh itu kerajaan Johor akan menyambut saranan itu.

“Semua masjid dan surau di negeri ini disarankan untuk mengadakan solat hajat selepas solat fardu Jumaat, esok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Multaqa Guru-Guru al-Quran Bersama Johan Qari dan Qariah Antarabangsa Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar di sini pada Khamis.

Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilaporkan berkata, Jakim akan menganjurkan solat hajat di tiga masjid utama pada Khamis iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Beliau berkata, masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta untuk melaksanakan solat hajat pada tarikh sama untuk memohon kesejahteraan negara dan masyarakat.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menyenaraikan 14 kawasan panas yang berada di tahap berjaga-jaga.

Ia membabitkan di Pasir Mas, Kuala Krai, Raub, Bentong, Bera, Temerloh, Jerantut, Lipis, Kuantan, Batang Padang, Kuala Selangor, Jempol, Beaufort dan Kinabatangan.

Mohd Fared berkata, solat hajat itu diadakan bagi mendoakan supaya keadaan pada ketika ini menjadi lebih tenang dan nyaman seterusnya memberi keselesaan pada umum.

Katanya, solat hajat ini boleh diadakan di waktu solat yang lain juga. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts