DAP cabar titah Agong martabat tulisan Jawi di Pahang?

 

BANGI – Tindakan ADUN parti tamak haloba DAP, memfailkan permohonan mencabar ketetapan kerajaan Pahang yang mewajibkan tulisan Jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan negeri itu – membuktikan perjuangan mereka yang cuba menafikan jati diri warisan Tanah Melayu.

ADUN Tras DAP, Chow Yu Hui dilapor memfailkan permohonan untuk mahkamah menyemak semula arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk mewajibkan tulisan Jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di Pahang.

Memetik laporan portal liberal MalaysiaKini, Yu Hui mendakwa, kerajaan Pahang dan kerajaan tempatan tidak harus memaksa orang ramai, terutama pemilik perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana pihak untuk menyertakan tulisan Jawi di papan tanda mereka.

“Ini menafikan kebebasan mereka untuk membuat pilihan. Setiap pihak ada khalayak sasaran sendiri.

“Misalnya, pelanggan di restoran Cina atau kedai barangan agama Buddha/Taoisme adalah orang bukan Melayu yang tidak boleh membaca Jawi. Jadi apa perlunya menyertakan tulisannya (di papan tanda)?” soalnya.

Mengulas tindakan pemimpin parti rasis itu, Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, cetusan idea serta pengaruh melawan ini berupaya menjadi agen pemecah belah masyarakat muslim.

“Pemerintah muslim seharusnya berpendirian tegas seperti yang dilakukan oleh khalifah muslim terdahulu. Dalam perkara yang memelihara dan memartabatkan Islam, pemimpin seharusnya tegas mempertahankannya.

“Perhatikan bagaimana Saidina Umar dahulu pernah melarang non muslim dari memakai kopiah dan serban hanya kerana ingin memuliakan Rasulullah, memartabatkan syiar Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Dr Ahmad Sanusi menegaskan pada hakikatnya, penguatkuasaan tulisan Jawi ini dilakukan susulan dari titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memartabatkan semula tulisan yang semakin terpinggir itu.

Beliau hairan DAP tetap konsisten membantah perkara itu meskipun Yang di-Pertuan Agong sendiri bertitah agar tulisan Jawi dimartabatkan.

“Apakah yang menyebabkan DAP begitu konsisten mencabar isu Jawi ini? Apakah mereka benar-benar membenci tulisan yang menajdi lambang jati diri Tanah Melayu ini?

“Perhatikan betapa hipokritnya golongan ini. Apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan agar logo halal diberikan klasifikasi berlainan bagi membezakan di antara pengeluar muslim dan pengeluar non muslim, mereka (Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong)) bersungguh membantah penghasilan logo berbeza.

“Bersungguh pula mereka ingin menggunakan logo halal yang bertulisan Jawi. Namun apabila kerajaan Pahang mewajibkan penggunaan tulisan Jawi di papan tanda negeri itu, pihak DAP segera membantah!,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts