Dekati golongan LGBT yang mahu belajar agama, kembali ke pangkal jalan

 

BANGI – Kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah transgender, berikutan terdapat golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mahu kembali ke pangkal jalan.

Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar mengakui, pihaknya menerima banyak permintaan supaya mengadakan program berteraskan agama bagi memberi kesedaran kepada golongan LGBT.

“Kita cuba memberi kesedaran mereka, saya tekankan selepas kita melaksanakan program-program berkenaan, permintaannya tinggi.

“Contoh yang terbaru kita buat di Negeri Sembilan, membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan kerjasama Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM. Kita menerima maklum balas minta supaya diadakan lagi program seumpama itu. Namun, ada yang kita terpaksa tolak kerana tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi.

“Justeru, saya harap kerajaan memandang serius isu ini, dan berusaha mengadakan mengenai program-program keagamaan kerana rata-rata golongan LGBT ini mahukan bimbingan agama dalam hidup mereka,” katanya dalam Sudut Pandang Suara Baru Ummah ‘LGBT: Hak Asasi atau Hak Ilahi’ di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut Dr Rafidah berkata, masyarakat perlu bijak membezakan golongan yang mengamalkan hidup songsang ini, kerana mereka ada dua kelompok.

“Kelompok pertama mereka yang boleh berubah melalui pendekatan lemah lembut. Jika kelompok mereka (LGBT) mahu solat, jangan ditolak. Malah, kita perlu berusaha untuk mendekati golongan berkenaan.

“Namun pendekatan lemah lembut tidak boleh digunakan bagi kelompok kedua yang memperjuangkan hak asasi mereka. Mereka ini jenis yang menggesa undang-undang syariah berkenaan LGBT di Malaysia dihapuskan serta menolak peranan agama.

“Mereka juga turut menuntut hospital kerajaan melaksanakan semula pembedahan pertukaran jantina. Walhal, tuntutan mereka bertentangan dengan norma agama, jadi kita perlu bertegas, jangan bagi muka pada golongan ini,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Satu pendapat yg bernas, kerajaan, majlis agama islam negeri negeri, ajk masjid perlu ambil bahagian utk menangani isu ini.
    Adalah lebih baik di beri kursus kpd pihak terbabit utk mereka mengurus tadbir isu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts