Dekati pusat ilmu, kenali khazanah Islam

PETALING JAYA – Fungsi sebuah masjid bukan sahaja sebagai tempat untuk melaksanakan ibadah solat, malah mampu dikunjung sebagai pusat pameran khazanah Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, kewujudan sebuah perpustakaan di masjid merupakan inisiatif terbaik dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

“Inisiatif yang baik perlu direncana dan disusun rapi bagi mempersiapkan sebuah perpustakaan mega setaraf dengan perpustakaan-perpustakaan terkemuka seluruh dunia.

“Dengan kewujudan Perpustakaan Sheikh Mohammad Idris Al-Marbawi di Masjid Negara merupakan catatan sejarah baharu dan menambah satu lagi mercu tanda keilmuan Islam yang merupakan gedung penyimpanan koleksi khazanah kitab turath,” katanya ketika Majlis Perasmian Perpustakaan Sheikh Mohammad Idris Al-Marbawi di Masjid Negara hari ini.

Sementara itu, beliau berharap 6,512 buah masjid di Malaysia mampu menyediakan sebuah perpustakaan di premis masing-masing bagi kemudahan jemaah dan orang awam untuk membaca serta membuat rujukan. – K! ONLINE

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts