Warga asing masih tidak dibenar solat jemaah di masjid

KUALA TERENGGANU: Warga asing masih tidak dibenarkan menunaikan solat berjemaah, termasuk solat Jumaat di masjid dan surau di negeri ini.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad, berkata setakat ini kebenaran hanya diberikan kepada warga asing yang berkhidmat dengan kerajaan seperti universiti awam (UA) dan pusat tahfiz.

Bagaimanapun, katanya, kebenaran hanya diberikan selepas warga asing itu lengkap dos vaksinasi, selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

“Permohonan bagi solat berjemaah tidak dibuka kepada semua warga asing memandangkan tiada jaminan mengenai tahap kesihatan mereka yang tidak terbabit dengan aktiviti atau berkhidmat di peringkat kerajaan.

“Berdasarkan SOP dikeluarkan setakat ini, warga asing belum dibenarkan untuk solat di masjid atau surau,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mat Azmi berkata, kebanyakan warga asing tidak termasuk yang bekerja dengan kerajaan dan UA serta tenaga pengajar di pusat tahfiz masih belum lengkap divaksinasi.

“Walaupun Terengganu kini sudah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), tetapi pencegahan bagi mengelakkan berlakunya penularan pandemik COVID-19 di masjid dan surau tetap menjadi keutamaan JHEAT,” katanya. -Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts