Di Malaysia, sijil halal ni macam ‘PhD’

 

1. NAK faham undang-undang Halal Malaysia ni senang je. Halal dan Sijil Halal Malaysia ni dianalogikan seperti berilmu dan sijil akademik. Kita ambil satu contoh; sijil PhD.

2. Hanya orang yang ada PhD saja boleh pakai title Dr. Bijak manapun seseorang, dia tak boleh pakai title Dr jika tiada PhD. Di industri Halal, hanya syarikat ada sijil halal saja boleh pakai title Halal. Halal macam manapun sesebuah syarikat, ia tak boleh pakai title Halal jika tiada sijil Halal.

3. Orang yang tak ada PhD tak semestinya tak pandai. Boleh jadi dia lebih pandai daripada orang ada PhD. Di industri Halal, syarikat yang tak ada sijil Halal tak semestinya tak Halal. Boleh jadi ia lebih Halal dari syarikat yang ada sijil Halal.

4. Orang yang tak ada PhD boleh mengajar ilmu kepada orang lain. Ilmu dia betul atau tak betul, itulah risiko yang ditanggung oleh anak murid. Di industri Halal, syarikat yang tak ada sijil Halal boleh jual produk. Produknya Halal atau tak, itulah risiko yang ditanggung oleh pengguna.

 

 

5. PhD ni tak wajib. Siapa rasa dia perlukan pengiktirafan, sila buat PhD. Dalam industri Halal, sijil Halal ni tak wajib. Siapa yang rasa perlukan pengiktirafan, sila mohon sijil Halal.

6. Kita boleh semak kesahihan PhD melalui direktori universiti. Di industri Halal, kita boleh semak kesahihan sijil Halal di direktori JAKIM. Sebagaimana kita perangi penipuan PhD, begitulah kita perangi penipuan sijil Halal.

7. Cuma ada satu beza. Orang yang ada PhD tak wajib pakai title PhD. Di industri Halal, syarikat yang ada sijil Halal wajib pamer sijil Halal di produk/premis.

Ustaz Bilal Jailani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts