Konsert Coldplay minggu depan tidak cerminkan keprihatinan kita kepada Palestin – Timbalan Mufti Perak

Ipoh: Konsert ‘Coldplay’ yang bakal dianjurkan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu depan, dianggap tidak menghormati kesedihan dan perasaan simpati terhadap umat Islam di Palestin, kata Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim.

Zamri yang juga Pengerusi Majlis Ulama ISMA (Muis) berkata, apatah lagi kumpulan itu sebelum ini pernah terpalit dengan tohmahan menyokong arus songsang lesbian, gay, biseksual, transksual (LGBT).

“Penganjuran konsert yang dibawa khas daripada luar ini, apatah lagi terpalit dengan tohmahan menyokong arus songsang LGBT pada waktu peperangan yang sedang berlaku di Gaza yang sudah meragut ribuan nyawa umat Islam, adalah sangat bertentangan dengan nilai agama dan persaudaraan sesama Islam.

“(Justeru) Muis meminta pihak berkuasa membatalkan konsert ini bagi menghormati perasaan sedih dan simpati terhadap saudara kita di Palestin yang sedang dibom dan diserang hingga membabitkan lebih 11,000 nyawa sudah terkorban,” katanya pada kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook (FB) Jabatan Mufti Negeri Perak, hari ini.

Katanya lagi, Muis mengecam keras penganjuran konsert itu dan pada masa sama, menggesa semua pihak supaya tidak melepaskan diri daripada tanggungjawab membantu dan menolong saudara Islam di Palestin melalui semua aspek terutamanya doa, sumbangan dan sebaran keprihatinan kepada seluruh masyarakat.

“Muis meminta supaya umat Islam tidak terbabit dengan penganjuran konsert ini, dan Muis juga mengingatkan bahawa kelalaian mereka terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin adalah suatu dosa pengabaian yang akan dipersoalkan kelak,” katanya.

Konsert ‘Coldplay: Music Of The Spheres World Tour’ bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 22 November ini. -My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts